Artikel

Pemenang HSKU Berminat Terbit Buku dengan PTS

oleh Roziyah pada 12 Jan 2011

Salah seorang Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) mengambil langkah berani dengan menghasilkan karya bagi diterbitkan PTS.

Puan Sri Rahayu Mohd Yusop yang beberapa kali memenangi tempat pertama pertandingan HSKU ini menganggap PTS sebagai penerbit buku-buku berbahasa Melayu dapat membantu mengeluarkan dan secara langsung mempromosikan karya-karya beliau.

“Saya tertarik dengan pemasaran PTS kerana ke mana juga saya pergi, pasti ada buku-buku terbitan PTS. PTS mempunyai strategi pemasaran yang hebat dan membuatkan buku sampai kepada pembaca,” ujar Puan SRi Rahayu Mohd Yusop ketika ditemuramah wakil media PTS.

Beliau memilih menghasilkan genre fantasi sebagai tapak asas bersama dengan PTS.

“Saya dapat rasai keseronokan menghasilkan genre fantasi. Selain itu saya juga ingin melepaskan diri dari penjara pertandingan dengan menghasilkan genre fantasi,” jelas beliau mengakhiri perbualannya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024