Artikel

Kunjungi Sabtu@PTS Bookcafe

oleh Roziyah pada 12 Jan 2011

Bermula dari 15 Januari 2011, PTS Bookcafe akan mengadakan pameran dan jualan pada setiap hari sabtu dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang.

Pameran yang diadakan di ruang pameran buku PTS di tingkat 1 ini memberi peluang kepada peminat-peminat buku PTS membeli buku terbitan PTS melalui diskaun yang menarik.

Sabtu@PTS ini menawarkan kadar diskaun istimewa 20 peratus bagi semua buku terbitan PTS. PTS Bookcafe juga turut memberikan hadiah buku percuma kepada 50 pembeli pertama pada hari itu.

“Pameran dan jualan setiap sabtu ini kami namakan sebagai Sabtu@PTS Bookcafe. Melalui Sabtu@PTS Bookcafe ini memberi peluang kepada peminat-peminat buku PTS yang tidak sempat berkunjung ke kedai buku ataupun pejabat PTS pada hari bekerja agar dapat berkunjung ke PTS Bookcafe bagi membeli buku pada hari sabtu. Buku-buku PTS yang mungkin tiada di kedai buku juga dapat diperolehi di PTS Bookcafe,” jelas Pengurus Jualan, PTS Bookcafe Sdn. Bhd. Tuan Nazrul Samsudin.

Kunjungi Sabtu@PTS Bookcafe bermula 15 Januari ini bagi mendapatkan buku-buku menarik terbitan PTS di pejabat urusan PTS bermula dari jam 11.30 pagi hingga jam 6 petang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024