Artikel

Pengalaman baru: Kali Pertama ke Klinik Gigi

oleh Hairul Faizal Adli Ab Ghani pada 24 Feb 2014

Klinik gigi? Mendengar perkataannya sahaja sudah cukup menakutkan untuk anak-anak kecil. Macam-macam perkara yang dibayangkan dalam kepala mereka.

Doktor yang garang, botak, dan memegang jarum suntikan yang besar bermain-main dalam kepala mereka.

Mereka juga takut. Entah-entah, semua gigi yang mereka ada akan dicabut. Jarum yang besar pula pastinya sangat menakutkan.

Ibu bapa pastinya akan mengalami kesukaran untuk membawa anak-anak ke klinik gigi. Mereka sanggup menahan sakit tetapi tidak mahu ke klinik gigi. Ibu bapa pastinya dalam dilema.

Memahami kesukaran yang dihadapi oleh ibu bapa, pihak PTS kali ini tampil dengan buku Kali Pertama ke Klinik Gigi. Kanak-kanak lebih mudah terpengaruh dengan kartun dan buku cerita.

Dengan buku ini, anak-anak dapat mengurangkan rasa takut dan fikiran negatif tentang klinik gigi.

Biarkan anak-anak bergembira dengan buku ini, dan pastinya dapat memudahkan ibu bapa dalam situasi terpaksa membawa anak-anak ke klinik gigi. Anak-anak tidak lagi takut untuk ke klinik gigi.

Semua muka surat buku ini penuh berwarna-warni dan penuh ceria untuk tatapan anak-anak. Gaya bahasanya juga mudah, dikayakan lagi dengan dwi bahasa dalam bahasa Inggeris dan kosa kata jawi serta Arab.

Ilustrasi buku ini juga memaparkan nilai-nilai murni untuk diikuti oleh anak-anak. Dengan lukisan kartun yang comel dan ilustrasi yang menarik, buku ini mampu memupuk minat anak-anak untuk membaca dan bergembira dengan kehidupan mereka.  

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024