Artikel

Pengembaraan Penuh Debaran: Alisa di Fantasyland

oleh Nurul Aqilah Hairulsam pada 30 Apr 2015

Adakah adik-adik di luar sana meminati filem fantasi Hollywood yang bertajuk Alice in Wonderland? Watak-watak yang dilakonkan di dalam filem tersebut sangat comel dan menghiburkan hati bukan?

Jikalau ya, adik telah membuat keputusan yang betul dengan membeli buku ini. Tajuknya sahaja sudah memberikan keterujaan kepada pembaca cilik yang mencari unsur-unsur fantasi dan aksi di dalam sesuatu penceritaan.

Lebih menarik lagi, permulaan plot yang penuh debaran di saat Alisa menemui satu pintu misteri yang membawanya ke dunia Fantasyland.

Satu pujian patut diberikan kepada penulis, adik Aisha Iman kerana berjaya memberikan gambaran yang menarik tentang Fantasyland dan di setiap susunan ayat menepati dengan apa yang diceritakan di setiap helaian muka surat.

Gaya bahasa juga sangat santai dan mudah difahami untuk adik-adik di luar sana megikuti kisah pengembaraan Alisa ke penghujung cerita.

Bak kata orang, seperti ada sentuhan magis yang mendorong pembaca untuk tidak berhenti menyelak muka surat yang seterusnya.

Bukan kisah fantasi jikalau tiada watak jahat yang diselitkan di dalan buku ini bukan?

Pengenalan watak Raja Firqan yang menambahkan lagi kekuatan buku ini kerana perwatakannya yang tamak akan kuasa sehingga sanggup menculik rakan-rakan Alisa dan pasti membuatkan anda berasa geram apabila membacanya.

Ingin merasakan sendiri pengalaman bersama Alisa dan rakan-rakan dalam menundukkan niat jahat Raja Firqan?

Dapatkah Alisa menyelamatkan Fantasyland daripada jatuh ke kuasa jahat? 

Ikuti kisah yang penuh dengan elemen fantasi ini untuk mengetahui nasib mereka semua!


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024