Artikel

Penghujung Siri Impiana Menemui Pembaca

oleh Roziyah pada 24 Nov 2010

Peminat siri Novel Impiana kini mampu menarik nafas kegembiraan apabila terbitnya siri Novel Impiana: Misteri Terbongkar dan Impiana Finale.

Novel Impiana : Misteri Terbongkar dan Impiana Finale yang ditulis oleh penulis remaja tersohor, Puan Ain Maisarah merupakan rumusan dan penyelesaian kepada setiap watak dalam siri Impiana.


Menurut editor Perolehan PTS One, Nurul Azura Mohd Tohid, siri terakhir ini menampilkan keistimewaan apabila berkumpul kembali dan masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri.

“Kali ini semua watak-watak utama dari sekolah Sri Bangsar berkumpul kembali dan mempunyai kehidupan sendiri.

Kepada mereka yang sentiasa mengikuti kisah ahli Wannababes harus mendapatkan siri terakhir Impiana ini,” jelas beliau.

Lebih menarik apabila PTS One Sdn. Bhd memberi keistimewaan kepada peminat siri Impiana ini apabila menyediakan set kotak yang menarik dan istimewa.

Set Kotak Impiana yang mengandungi Novel Impiana: Misteri terbongkar dan Impiana Finale ini juga disertakan dengan novel comel khas peminat-peminat kisah ahli Wanababes.

“Novel comel yang diberikan secara percuma ini mengisahkan secara terperinci kisah kehidupan Farah dan Fahmi. Novel comel ini hanya diperolehi apabila membeli set kotak Impiana kerana ia tidak dijual di pasaran.

“Peminat siri Impian harus segera mendapatkan set kotak Impiana ini kerana cetakannya terhad kepada 5000 pembeli sahaja,” jelas Nurul Azura lagi.

Dapatkan segera siri Impiana yang kini berada di pasaran berdekatan anda.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024