Artikel
Penulis Novel Sejarah Islami Meriahkan Sambutan Merdeka
oleh [email protected] pada 27 Aug 2009
Novel Mat Kilau Pahlawan Pahang mengisahkan sejarah dan kepahlawanan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Imam Perang Rasu dan lain-lain ketika menentang campur Inggeris di Pahang. Kisah diceritakan sejak dalam kandungan hingga pahlawan Mat Kilau meninggal dunia.
Benarkah lelaki tua yang dikenali dengan nama Mat Siam itu adalah Mat Kilau? Apakah bukti-buktinya?. Siapakah yang mengesahkan beliau adalah pahlawan Mat Kilau? Kenapa beliau menentang Inggeris? Kenapa Mat Kilau menyembunyikan diri dan sering menukar namanya?
Abdul Latip bin Talib dilahirkan di Kampung Ulu Seperi Rembau Negeri Sembilan pada 2hb Jun 1954, pernah bekerja sebagai pegawai ladang FELCRA selama 20 tahun dan kini merupakan penulis sepenuh masa. Beliau menulis dalam pelbagai genre seperti sajak, cerpen, rencana, drama tv dan novel. Sehingga kini telah menghasilkan 20 buah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa. Kini menumpukan penulisan novel sejarah dengan PTS. Kenali lagi beliau di http://abdullatip.blogspot.com.
Dapatkan diskaun 30 peratus buku-buku beliau di www.bookcafe.com.my sempena promosi Merdeka.