Artikel
Meriahkan sambutan merdeka 1 Malaysia dengan Buku-buku PTS.
oleh [email protected] pada 27 Aug 2009
Pada tahun ini, negara kita akan meraikan sambutan hari kemerdekaannya yang ke 52. Buat pertama kalinya, sambutan pada tahun ini berlangsung di dalam bulan Ramadhan. Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini bertemakan 1 Malaysia dan seperti yang kita semua maklum, apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1 Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.
Tingkatkan semangat patriotisme di dalam diri anda dengan bahan bacaan bermutu terbitan PTS Publications. Mat Kilau (Pahlawan Pahang) merupakan hasil nukilan Abdul Latip Talib. Dapatkan ia di kedai buku berhampiran anda pada harga RM 21.00. Untuk lebih nilai pada wang anda, dapatkan koleksi buku-buku terbitan PTS Publications dengan diskaun hebat 30% potongan. Ianya sah untuk pembelian secara online di www.bookcafe.com.my atau beli terus di ruang pameran PTS pada 27 & 28 Ogos ini. Jangan dilepaskan peluang keemasan ini.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!