Artikel

Penulis Novel Sejarah Meriahkan Pesta Buku Mydin

oleh Roziyah pada 20 May 2011

Peminat novel sejarah PTS kini dapat merealisasikan impian mereka bagi bertemu dengan penulis novel sejarah nombor satu di Malaysia.

Mydin yang menganjurkan pesta buku pertamanya penghujung Mei ini membawakan penulis novel sejarah kesayangan ramai, Tuan Abdul Latip Talip bagi bertemu dengan peminat di sekitar Subang.

Selain itu, di pentas yang sama, peminat juga berpeluang bertemu dengan penulis novel srikandi Islam, Tuan Zahiruddin Zabidi yang popular dengan buku Rabiatul Adawiyah dan Aminah. Kali ini beliau juga turut membawakan buku terbaru hasil tangan beliau yang bertajuk Fatimah khas di Pesta Buku Mydin.

Penulis novel remaja, fantasi dan motivasi, Tuan Bahruddin Bekri juga tidak ketinggalan memeriahkan pesta buku Mydin ini.

Jangan ketinggalan bersama-sama dengan penulis hebat ini pada 5 jun bermula dari jam 2 petang istimewa di Pesta Buku Mydin 2011 yang diadakan di Mydin Mall USJ Subang Jaya.

Sertai Pesta Buku Mydin yang diadakan bermula 27 Mei sehingga 12 Jun 2011 bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Dapatkan juga buku-buku terpilih dan menarik keluaran PTS buat bacaan tuan dan puan seisi keluarga.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024