Artikel

Tiga Buku Laris PTS Tersenarai dalam Anugerah Pilihan Pembaca Popular

oleh Roziyah pada 23 May 2011

Tiga buku laris PTS tersenarai dalam Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2011.

Buku Agenda Yahudi Menakluk Dunia oleh Sabaruddin Hussein, Jejak Bisnes Rasul oleh Alzuddinur Zakri dan Mohd Sulaiman serta Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah oleh Zamri Mohamad dan Imran Yusof.

Anugerah ini diadakan sempena Pesta Buku Popular@Malaysia. Buku-buku yang tersenarai dalam Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian ini akan bersaing sesama sendiri bagi merebut anugerah carta buku popular 2011.

Anugerah ini dijadualkan berlangsung pada minggu terakhir Ramadan sehingga berakhirnya minggu pertama Aidilfitri iaitu pada 27 Ogos hingga 4 September 2011.

Maklumat yang dipetik daripada Berita Harian Online memaklumkan yang 10 peratus daripada jualan buku kategori agama, motivasi dan masakan akan disumbangkan kepada lima rumah anak yatim.

Pembaca boleh melakukan undian bagi setiap buku kegemaran mereka menerusi undian yang akan bermula pada 3 Jun hingga 17 Julai ini dengan menggunakan borang undian dalam laman Sastera, Dunia Buku yang terbit setiap Jumaat, selain boleh mendapatkan borang undian di semua 64 Rangkaian Kedai Buku Popular di seluruh negara.

Selain itu, Popular juga menyahut seruan membaca di bulan Ramadan dengan mengadakan kempen Ramadan@Popular bermula dari 3 Jun sehingga 14 Ogos ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024