Artikel

Penulis-penulis PTS Dalam Sesi Fotografi MPH Edisi 50 Tahun Kemerdekaan Negara

oleh Helmi pada 24 May 2007

Penulis-penulis PTS turut serta dalam sesi fotografi itu. Antara yang menghadiri sesi fotografi tersebut ialah adalah Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof, Saridah Hamid, Naim Jaafar, Rashidah Mat Nor Nor, Aliff Firdaus, Maya Iris, Shamsuddin Ab Kadir dan Zamri Mohamad.

Sesi fotografi diadakan pada tiga hari berbeza iaitu pada 20, 21 dan 22 Mei 2007. Cawangan kedai buku MPH yang terlibat ialah di One Utama, Mid Valley dan Bangsar Village.

Penulis-penulis PTS berkesempatan bertukar-tukar fikiran dengan para penulisan lain dari pelbagai latar bangsa dan agama berbeza. Antara penulis-penulis yang turut hadir ialah Nisah Haron (penulis Mencari Locus Standi), Bridget Menezes (penulis Self Empowerment), Lee Su Kim (penulis Malaysia Flavours), Balam Mose (penulis Brickfields: A Time, A Place, A Memory) dan Jamilah Samian (penulis Cool Mum Super Dad).

Malah sesi ini menjadi pendedahan awal kepada tiga anak muda berusia 18 sehingga 20 tahun yang terpilih sebagai finalis pertandingan MPH Young Writers yang diadakan sebelum ini.

Salah seorang finalis, Darell Koh dalam komen beliau berkata, “Hari tu merupakan kali pertama saya didedahkan kepada teknik cemerlang yang digunakan oleh para penulis PTS ketika menghasilkan karya mereka, dan saya berasa amat kagum dengan kejayaan yang telah dikecapi.”

Bagi finalis bernama Tee Shu Ning, “Memang, saya amat kagum dengan teknik PTS (Kaedah KJ Method) yang dikongsi sebelum ini, langsung tidak saya ketahui. Hari itu memang suatu pendedahan dan pengalaman baru bagi saya.”

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025