Artikel

Bengkel Penulisan PTS

oleh Helmi pada 28 May 2007

Assalamualaikum w.r.t
Puan,

Apa khabar puan? Saya Salehuddin Md. Dahlan, penulis buku Kerjaya Sebagai PTD. Semenjak saya mengikuti kelas teknik menulis puan, saya dapati ia amat membantu dalam kerja-kerja seharian saya di pejabat. Ini berikutan tugasan saya banyak melibatkan aktiviti penulisan terutamanya menyediakan kertas-kertas pertimbangan tatatertib, rayuan tatatertib dan rayuan kenaikan pangkat perkhidmatan awam. Sebagai contoh sebelum ini satu kertas pertimbangan memerlukan masa lebih kurang seminggu untuk disiapkan. Tetapi kini lima kertas pertimbangan dapat disiapkan dalam tempoh yang sama.
Selain itu, setelah mendengar idea-idea bernas puan, saya berminat untuk menulis lagi beberapa buah buku mengikut kaedah yang puan berikan. Buku tersebut adalah seperti berikut:
a. Novel Jibunsyi - riwayat hidup saya
b. Novel Professional- kisah kerjaya PTD
c. Novel PTS One - kisah hidup saya dari umur 8 tahun hingga masuk universiti
Dan jika boleh saya berminat membantu puan dalam projek mengadaptasi kitab lama Islam ke bahasa moden. Insyallah jika tiada aral melintang inilah projek saya untuk tempoh enam bulan akan datang. Harap-harapnya puan sudi menunjuk ajar saya sepanjang perjalanan projek ini. Sebarang maklum balas bolehlah puan sampaikan melalui emel ini atau apa-apa cara yang munasabah bagi puan.
Sekian, terima kasih.
Salehuddin Md. Dahlan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025