Artikel

Penulis PTS meriahkan Pesta Buku Terengganu

oleh [email protected] pada 22 Feb 2012

KUALA TERENGGANU – Bermula 23 Februari 2012, Kuala Terengganu akan dimeriahkan dengan Pesta Buku Terengganu yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan Jabatan Pelajaran Terengganu. Bertemakan 'Temanku Buku' pada tahun ini, pihak penganjur mengajak semua warga Terengganu dan penduduk negeri yang berdekatan memeriahkan pesta buku ini.

Penganjuran kali ini akan diadakan di Pusat Dagangan Terengganu sehingga 29 Februari 2012. PTS juga tidak ketinggalan melantik pengedar kami, Syarikat Tenaga Tulin bagi membuka booth dan menjual pelbagai judul terbaik terbitan PTS. Pastinya buku-buku bestseller mudah didapati antaranya Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa.

Selain itu, istimewanya penganjuran kali ini, adalah penampilan istimewa penulis remaja PTS paling popular iaitu Puan Ain Maisarah pada 25 Februari ini. Kemunculan istimewa ini pastinya amat dinantikan oleh peminat beliau di Terengganu.

Buat pembaca buku-buku motivasi. jangan lepaskan peluang untuk bertemu penulis buku Magnet Diri, Tuan Amin Idris dalam slot Sembang Pagi pada 27 Februari ini. Sembang pagi ini akan bermula pada jam 10.00 pagi.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025