Artikel

Tesco Iktiraf PTS Edar

oleh [email protected] pada 21 Feb 2012

KEPONG – Hari ini dalam sejarah apabila anak syarikat PTS Media Group Sdn Bhd. iaitu PTS Edar Sdn. Bhd. (PTS Edar) menerima pengiktirafan daripada TESCO apabila dianugerahkan sebagai TESCO Preferred Business Partner 2011/12.

PTS Edar merupakan salah satu anak syarikat yang dipertanggungjawabkan melebarkan distribusi buku-buku pts ke pasaraya-pasaraya besar dan saluran-saluan standnews di seluruh Malaysia. Setelah hampir setahun meluaskan rangkaian buku-buku PTS, pagi tadi (21 Februari 2012) di Kepong Village Mall (TESCO HQ), PTS Edar Sdn. Bhd dijemput menerima anugerah ini.

Puan Halimathun, Abdul Rahman selaku wakil PTS Edar hadir menerima anugerah daripada Cikpuan Amanda Cheong. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab membuat pesanan dan mempromosi buku-buku PTS di Tesco.

Memetik kata Cikpuan Amanda Cheong, “Tolong hantar senarai buku-buku baru lagi”. Ini bermakna Tesco membuka peluang dan ruang diberikan kepada PTS bagi melebarkan jualan di cawangan-cawangan Tesco yang lain.

Semoga PTS terus mekar mewangi diseluruh negara. Tahniah PTS Edar.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024