Dari Tinta Penulis Muda: Tunas Super Storymorie Certot #1

oleh Amirah pada 24 Nov 2015

Buku Tunas Super Storymorie Certot #1 mengumpulkan beberapa antologi cerita pendek yang ditulis oleh penulis cilik berumur tujuh hingga dua belas tahun.

Mereka berbakat dalam menulis dan menghasilkan karya masing-masing sehingga mendapat gelaran Penulis Tunas Super. Inilah yang menarikanya.

Jujur saya katakan, kehadiran buku Antologi Cerita Kantot ini mampu menjadi daya tarikan kepada kanak-kanak di luar sana yang berminat untuk berkarya.

Bahkan, sebagai satu dorongan dan platform untuk mereka menyertai Pertandingan Penulis Tunas Super yang keseterusnya.

Penulis Tunas Super adalah satu program penulisan yang mengetengahkan bakat menulis dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.

Program Penulis Tunas Super ini bermula pada tahun 2013 dan setakat ini telah melahirkan 25 orang penulis cilik dari pelbagai negeri.

Mereka telah menghasilkan hampir 30 buah novel. Pertandingan Certot Penulis Tunas Super Storymorie diadakan bagi membuka lebih banyak peluang kepada murid-murid sekolah rendah untuk turut-serta.

Buku setebal 126 halaman ini mengadungi sebanyak dua puluh satu tajuk. Setiap cerita berkisarkan nilai-nilai murni yang layak diteladani.

Gaya penulisan yang santai  dan sederhana bersesuaianlah dengan tahap kanak-kanak sekolah rendah.

Untuk memberi kesan yang menarik, kandungan buku dihiasi dengan lukisan-lukisan kartun. Jangan tak tahu, ia juga boleh menjadi buku warna adik-adik!

Antara tajuk-tajuk yang dimuatkan ialah, Akibat Suka Bercakap Bohong, Ayah, Pulanglah!, Elyna, Gadis Sampah Alam, Ibuku Inspirasiku, Langit Tetap Biru, Marah-Marah Sayang, Selimut Baru Saya, Peter Pan Is My Friend, Ibuku seorang guru, Darah Pejuang Negara, Najya, Janji Fahmi, Masa Itu Emas, Farhanah Gadis Muzika, Aku, Di Luar Pengetahuan, Ikan Untuk Comel, Sebentar Cuma, Maafkan Kakak, dan Sahabat Terbaik.

Bagi murid-murid yang masih belum mampu menulis dengan lancar, adik-adik disarankan untuk membaca buku ini.

Penggunaan ayat-ayat yang mudah mampu membantu adik-adik menguasai penggunaan bahasa melayu dengan baik dan mantap.

Cuti sekolah sudah pun menjelma. Apakata, hadiahkan kepada anak anda novel-novel terbaik dari geng Penulis Tunas Super sebagai bahan bacaan di musim cuti.