Artikel
Penulis Yakjuj Makjuj Memperkenalkan Buku Alexander adalah Zulqarnain
oleh [email protected] pada 22 Mar 2010
Sesi Yakjuj dan Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung, karya Muhammad Alexander atau Wisnu Sasongko mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung yang mahu mengetahui siapa Yakjuj Makjuj itu. Penulis yang berada di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur terus selesa melayani khlayak yang menggerumuni, membeli dan bertanya soalan selepas mendengar diskusi melalui fakta yang baru didengar. Gaya penulisan yang meneroka sejarah melalui kitab-kitab samawi dan al-Quran serta Hadith. Penulis membuat kajian di atas kerangka penulisan orientalis dan Yahudi. Penulis cuba menafikan tuduhan-tuduhan liar pihak pada Islam.
Maih ingat lagi semasa ustazah bercerita berkenaan 10 tanda-tanda besar hari kiamat. Salah satunya adalah keluarnya atau terlepasnya Yakjuj dan Makjuj daripada tembok tahanan mereka. Juga cferita mereka sentiasa mengorek tembok bagi keluar dan akan kembali pulih apabila azan berkumandang. Alexander adalah Zulqarnain adalah sekuel kepada buku itu dan memberi fakya berbeza daripada pandangan penulis. Kini fakta sudah ada dan pembaca boleh menggunakan fakta yang ada bagi memberi maklum balas. Hadirnya buku Alexander adalah Zulqarnain meraikan perdebatan ilmu dan diskusi yang saling beri memberi.