Artikel

Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur: PTS sengaja memilih lokasi Seberang Sungai

oleh [email protected] pada 20 Mar 2010

PTS Sengaja Memilih Lokasi Seberang Sungai Demi Membantu Rakan-Rakan Penerbit Kecil Pada hari ini kru PTS akan berperang dengan kerja-kerja menyediakan 15 buah booth pameran PTS di PWTC. Bertan-tan buku akan dipunggah dari lori PTS ke dalam dewan pameran. Booth PTS tahun ini terletak di seberang sungai! Sekali lagi, pada tahun ini PTS sengaja secara sukarela membuka booth di sebarang sungai kerana mahu menolong penerbit-penerbit kecil yang terpaksa berada di seberang sungai akibat cabutan undi. Kita mengharapkan, dengan berada di seberang sungai, PTS dapat menarik banyak pengunjung ke situ. Diharapkan sambil mereka datang ke booth PTS mereka juga akan mengambil peluang itu bagi mengunjungi booth-booth lain yang berada di sana.

*sumber http://universitipts.com

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025