Artikel
Peraduan Dialog Lucu Komik-M Menemui Peminat Komik-M
oleh Roziyah pada 01 Nov 2010
Komik-M muncul dengan peraduan istimewa yang pastinya menarik minat pembaca-pembaca buku Komik-M.
Peraduan yang bermula daripada daripada 1 November hingga 24 Disember 2010 ini memberi peluang kepada peminat buku komik-M menonjolkan bakat menghasilkan dialog-dialog lucu dalam komik.
Hadiah menarik menanti pemenang yang berjaya mencipta dialog paling menarik. Antara hadiah yang menanti pemenang adalah buku komik-M dan baucar pembelian buku.
Caranya mudah. Peserta hanya perlu mengisi dialog yang sesuai pada ilustrasi yang disediakan di atas (Dialog A dan Dialog B). Dialog hendaklah menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Bahasa rojak dan singkatan tidak akan diterima.
Peraduan akan dibuka seminggu sekali pada setiap hari Isnin dan ditutup pada hari Jumaat setiap minggu.
Enam peserta terbaik akan dipilih oleh juri PTS bagi ke peringkat seterusnya.
Penyertaan dialog lucu enam peserta ini akan diletakkan di facebook Komik-M bagi diundi oleh juri awam.
Juri awam yang terdiri daripada rakan-rakan facebook boleh mengundi peserta yang dipilih dengan menekan butang 'like'.
Pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati ditentukan berdasarkan jumlah butang 'like' yang diundi oleh juri awam.
Tuan dan puan yang berminat menyertai peraduan ini boleh mendapatkan maklumat semasa di facebook PTS dan facebook komik-M.
Jangan lepaskan peluang menyertai peraduan yang hebat ini. Tuan dan puan juga boleh melayari http://komik-m.com/index.php/peraduan/ bagi mendapatkan maklumat lanjut peraduan ini.