Artikel

Ajwa Muslim Shop Kekalkan Jualan Terus Kepada Pelanggan

oleh Roziyah pada 01 Nov 2010

Pemilik kedai buku Ajwa Muslim Shop masih lagi giat menjalankan promosi dan jualan langsung terus kepada pelanggan walaupun mempunyai kedainya sendiri.

Menurut pengurus Ajwa Muslim Shop, Tuan Suhaimi Md. Saad, melalui cara jualan langsung kepada pelanggan ini mampu menjadi promosi terbaik bagi meningkatkan nama kedai buku yang baru dibuka.

"Apabila menjual secara langsung kepada pelanggan, saya juga sentiasa mengedarkan bahan promosi kedai saya agar mereka mengenali Ajwa Muslim Shop," jelas beliau.

Kedai buku yang terletak di Balok, Kuantan ini memberi peluang kepada penduduk Balok yang ingin membeli pelbagai jenis buku tanpa perlu ke bandar Kuantan yang jauh daripada pekan Balok.

Beliau yang memulakan perniagaan dengan menjual buku secara jualan langsung berkata pembeli buku di Malaysia masih perlu dibentuk.

"Pekedai buku yang baru harus sabar dalam menarik pembeli buku di Malaysia. Selain itu pekedai juga harus bijak dalam mencari pelanggan serta mempromosikan kedai," jelas beliau lagi.

Lebih menarik lagi apabila Tuan Suhaimi membuat promosi buku ke syarikat-syarikat perindustrian di kawasan Balok.

"Kebetulan kedai saya terletak di kawasan perindustrian. Saya mengambil peluang mempromosikan buku-buku yang ada kepada pekerja syarikat perindustrian yang ada," ujar tuan Suhaimi lagi.

Beliau berkata, buku-buku terbitan PTS mencatat jualan tertinggi di kedai buku beliau. Antara buku yang tinggi jualannya adalah buku agama, buku remaja dan komik-M.

Beliau yang pada mulanya membuka kedai buku bagi menarik masyarakat terhadap buku.

"Selama ini kita melihat orang memberi barang-barang sebagai hadiah. Saya mahu ubahnya dengan menjadikan buku sebagai hadiah yang mempunyai nilai dan harga yang tinggi," kata Tuan Suhaimi lanjut.

Tuan dan puan yang ingin mendapatkan buku-buku terbitan PTS boleh memilikinya dengan mengunjungi kedai buku Ajwa Muslim Shop yang terletak di A27, Pusat Perkhidmatan Balok, 26100, Kuantan. Kedai buku ini berhadapan dengan pasar Balok. Selain itu, tuan dan puan juga boleh membuat tempahan buku melalui Puan Najwa di 019-9839231. 

Dapatkan pelbagai jenis buku PTS yang pastinya memberi ilmu dan manfaat kepada pembaca.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025