Artikel

Peraduan Mengulas Buku PTS Kembali

oleh Roziyah pada 01 Mar 2011

Peraduan Mengulas Buku PTS kini kembali menemui pembaca setia buku-buku terbitan PTS.

Peraduan yang bermula pada 1 Mac ini memberi peluang kepada peminat buku-buku PTS yang membaca buku terbitan PTS memberikan ulasan mengenai buku yang dibaca.

Kongsikan pendapat, komen, perasaan anda terhadap buku wanita PTS yang sudah dibaca.

Sertai Peraduan Mengulas Buku Wanita yang bermula 2 Mac hingga 16 Mac ini.

Cara menyertai peraduan ini sangat mudah.

Anda hanya perlu lawati laman web PTS di www.pts.com.my.

Kemudian, cari buku wanita yang ingin diulas dan tulis ulasan anda di ruang yang disediakan.

 

Tempoh Peraduan

Peraduan berlangsung selama 3 minggu bermula dari 2 Mac hingga 23 Mac 2011. Tarikh ulasan mengikut minggu seperti berikut:

Minggu Pertama : 2 Mac hingga 9 Mac 2011

Minggu Kedua    : 10 Mac hingga 16 Mac 2011

Minggu Ketiga    : 17 Mac hingga 23 Mac 2011

 

Kategori Ulasan Buku

Buku-Buku Berkaitan Wanita


Hadiah

Hadiah dibahagikan kepada 2 kategori:
1. Hadiah Mingguan
Setiap minggu, PTS akan memilih 3 pemenang

Hadiah mingguan adalah seperti di bawah:
Tempat pertama - hadiah buku PTS bernilai RM50
Tempat kedua    - hadiah buku PTS bernilai RM40
Tempat ketiga    - hadiah buku PTS bernilai RM30

2. Hadiah Utama
Sebaik berakhirnya peraduan, PTS akan memilih 3 peserta peraduan yang paling banyak menghantar ulasan buku PTS.

3. Hadiah utama seperti berikut:

Tempat pertama - hadiah buku PTS bernilai RM200
Tempat kedua    - hadiah buku PTS bernilai RM15
Tempat ketiga   - hadiah buku PTS bernilai RM100

 

* Pemenang boleh memilih sendiri buku PTS tetapi nilai buku tidak boleh lebih daripada nilai yang ditetapkan.

* Kos penghantaran ditanggung oleh PTS. Proses penghantaran hadiah akan mengambil masa lebih daripada dua minggu.

* Hadiah minggu akan dihantar sebaik PTS menerima senarai buku yang dikehendaki oleh pemenang setiap minggu.

* Proses penghantaran hadiah sekurang-kurangnya dua minggu selepas PTS menerima senarai buku yang dikehendaki pemenang.

* Penghantaran dibuat menggunakan pos biasa.

 

Syarat

1) Peraduan terbuka kepada warganegara Malaysia.
2) Ulasan buku hendaklah dibuat menggunakan bahasa Melayu standard sahaja.
3) Setiap ulasan buku hendaklah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
4) Staf PTS termasuk ahli keluarga terdekat (ibubapa, anak-anak dan adik beradik) tidak layak menyertai peraduan ini.
5) Penulis PTS layak menyertai peraduan ini tetapi tidak boleh mengulas buku sendiri terbitan PTS.
6) Setiap peserta hanya layak menang satu sahaja hadiah mingguan yang ditawarkan sepanjang peraduan ini.

Cara

1) Peserta perlu melayari Portal PTS di www.pts.com.my
2) Cari buku yang anda hendak buat ulasan dengan menaip judul buku pada ruang carian.
3) Klik pada judul buku yang terpapar pada halaman carian.
4) Klik pada tab ulasan pembaca.
5) Taip nama penuh dan e-mel yang sah
6) Kemudian tulis ulasan dalam ruang yang disediakan.
7) Kemudian klik hantar
8) Panel penilai akan menilai ulasan buku yang dihantar mengikut minggu yang ditetapkan.
9) Pemenang mingguan akan diumumkan pada tarikh seperti yang ditetapkan.
10) Pemenang akan dihubungi melalui e-mel yang diisi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025