Artikel

Ain Maisarah sudah terbayang cepat menjadi seniwan-juta - Pak Samad

oleh Roziyah pada 01 Mar 2011

Pesta Buku Brunei yang diadakan baru-baru ini berjaya mempertemukan dua tokoh penulis melalui zaman berbeza nyata memberi pengalaman bermakna kepada Sasterawan Negara (SN), Dato' A. Samad Said.

Dato' A. Samad Said yang mendedahkan rasa dalam blog beliau menjelaskan pertemuan antara beliau dengan penulis remaja popular, Puan Ain Maisarah merupakan dua pendedahan dunia seni yang berbeza.

Beliau menjelaskan, majlis bual bicara Sasterawan Negara dan Penulis Kreatif hasil kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei  ini membincangkan dua wajah sasterawan melalui dekat yang berbeza.

"Saya kira saya banyak belajar daripada penulis muda ini, khususnya kerana kami datang dari latar sejarah yang berbeza; juga dari latar matlamat yang berbeza. Saya dari ASAS 50 tentu saja lebih menekankan ideologi seni, sementara Ain Maisarah lebih berjejak di zaman serba komersial ini. Secara bandingan, Ain Maisarah sudah pun terbayang cepat akan menjadi seniwan-juta, sementara saya tetap saja seniwan-ribu," jelas Dato' A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad dalam blognya.

Melalui lawatan ke Brunei itu juga, Pak Samad juga sempat menghadiri majlis bagi meraikan wakil-wakil penerbit yang datang dari Asia Pasifik.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025