Artikel
Peraduan Mengulas Novel Dewasa dan Sejarah Islam
oleh Roziyah pada 29 Nov 2010
Anda peminat tegar buku terbitan PTS? Memiliki koleksi novel dewasa dan sejarah Islam PTS yang bertimbun-timbun di rumah?
Mari kongsikan pendapat, komen, perasaan anda terhadap buku PTS yang sudah dibaca.
Sertai Peraduan Mengulas novel dewasa dan sejarah Islam yang bermula 29 November hingga 19 Disember 2010 ini.
Cara menyertai peraduan ini sangat mudah. Anda cuma perlu lawati laman web PTS di www.pts.com.my. Kemudian, cari buku yang ingin diulas dan tulis ulasan anda di ruang yang disediakan.
Tempoh Peraduan
Peraduan berlangsung selama 3 minggu bermula dari 25 Oktober hingga 14 November 2010.
Tarikh ulasan mengikut minggu seperti berikut:
Minggu Pertama : 29 November 5 Disember 2010
Minggu Kedua : 6 Disember hingga 12 Disember 2010
Minggu Ketiga :13 Disember hingga 19 Disember 2010
Kategori Ulasan Buku
Novel Dewasa dan Sejarah Islam
Hadiah
Hadiah dibahagikan kepada 2 kategori:
1. Hadiah Mingguan
Setiap minggu, PTS akan memilih 3 pemenang bagi novel
Hadiah mingguan adalah seperti di bawah:Tempat pertama - hadiah buku PTS bernilai RM50
Tempat kedua - hadiah buku PTS bernilai RM40
Tempat ketiga - hadiah buku PTS bernilai RM30
2. Hadiah Utama
Sebaik berakhirnya peraduan, PTS akan memilih 3 peserta peraduan yang paling banyak menghantar ulasan buku PTS.
3. hadiah utama seperti berikut:
Tempat pertama - hadiah buku PTS bernilai RM200
Tempat kedua - hadiah buku PTS bernilai RM150
Tempat ketiga - hadiah buku PTS bernilai RM100
* Pemenang boleh memilih sendiri buku PTS tetapi nilai buku tidak boleh lebih daripada nilai yang ditetapkan.* Kos penghantaran ditanggung oleh PTS. Proses penghantaran hadiah akan mengambil masa lebih daripada dua minggu.* Hadiah minggu akan dihantar sebaik PTS menerima senarai buku yang dikehendaki oleh pemenang setiap minggu. Proses penghantaran hadiah sekurang-kurangnya dua minggu selepas PTS menerima senarai buku yang dikehendaki pemenang.* Penghantaran dibuat menggunakan pos biasa.
Syarat
1) Peraduan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 7 tahun dan ke atas.2) Ulasan buku hendaklah dibuat menggunakan bahasa Melayu standard sahaja.3) Setiap ulasan buku hendaklah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.4) Staf PTS termasuk ahli keluarga terdekat (ibubapa, anak-anak dan adik beradik) tidak layak menyertai peraduan ini.5) Penulis PTS layak menyertai peraduan ini tetapi tidak boleh mengulas buku sendiri terbitan PTS.6) Setiap peserta hanya layak menang satu sahaja hadiah mingguan yang ditawarkan sepanjang peraduan ini.
Cara
1) Peserta perlu melayari Portal PTS di www.pts.com.my
2) Cari buku yang anda hendak buat ulasan dengan menaip judul buku pada ruang carian.
3) Klik pada judul buku yang terpapar pada halaman carian.
4) Klik pada tab ulasan pembaca.
5) Taip nama penuh dan e-mel yang sah
6) Kemudian tulis ulasan dalam ruang yang disediakan.
7) Kemudian klik hantar
8) Panel penilai akan menilai ulasan buku yang dihantar mengikut minggu yang ditetapkan.
9) Pemenang mingguan akan diumumkan pada tarikh seperti yang ditetapkan.
10) Pemenang akan dihubungi melalui e-mel yang diisi.