Artikel
Peraduan Teka Judul Buku PTS Bermula
oleh Roziyah pada 04 Oct 2010
Peraduan Teka Judul Buku PTS menemui peminat-peminat buku dengan tawaran hadiah-hadiah menarik dan hebat
Peraduan yang diadakan selama 12 minggu berturut-turut ini mengajak pembeli-pembeli buku PTS meneka judul buku PTS berdasarkan imej keratan kulit buku PTS yang terpapar pada poster peraduan.
PTS menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi setiap minggu seperti barangan elektronik dan buku-buku terbitan PTS.
Peraduan ini merupakan kesinambungan daripada Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS yang pertama kali diadakan hujung 2009 lalu bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Peraduan yang bermula dari 3 Oktober hingga 25 Disember ini membuka peluang kepada peminat-peminat buku PTS membaca sambil mendapat hadiah hebat yang ditawarkan.
Hadiah menarik yang ditawarkan adalah iPad, Acer Netbook dan Blackberry bakal dimilili oleh tuan dan puan.
Rebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan menyertai Peraduan Teka Judul Buku PTS ini.
Tuan dan puan boleh melayari http://pts.com.my/peraduan/ bagi mendapatkan maklumat lanjut peraduan.