Artikel

Peribadi Bisnes Nabi Muhammad Dipupuk oleh Hikmah Menggembala Kambing

oleh [email protected] pada 10 Feb 2010

Ketika berumur lapan tahun, Nabi Muhammad tinggal bersama pak cik saudaranya Abu Talib selepas kematian datuk dan ibunya. Walaupun Abu Talib ketua suku Bani Hashim, beliau hidup dalam keadaan sederhana. Justeru, Nabi Muhammad mula belajar berdikari dengan menggembala kambing di padang pasir.

Nabi Muihammad selalu berada di padang pasir di luar daripada kesibukan kota bagi menggembala kambing. Adakalanya berhari-hari dan bermalam-malam Muhammad tidak balik ke mekah.

Hikmah hidup di padang pasir dan jauh daripada kesibukan orang ramai adalah proses pendidikan. Muhammad belajar mengasihi binatang-binatang ternakan. Beliau juga hidup berdikari dan mengambil peduli tanggungjawab itu.

Merujuk resume Muhammad bin Abdullah melalui buku Jejak Bisnes Rasul menyataakan Nabi Muhammad menggembala kambing sedari umur lapan tahun hingga 21 tahun. Dalam Hadis menyatakan. “Tidak ada nabi, melainkan semuanya pernah menggembala kambing.”

Menggembala kambing menerbitkan sifat sabar dan usaha berterusan mengawal pergerakan kambing dan menggembalanya. Antara sifat kambing yang perlu disabari adalah ia berbau hapak, degil serta tidak mendengar arahan walaupun dipukul seteruk mana sekalipun. Untuk usahawan, wajar mengambil pengajaran usaha menggembala kambing dengan mengamalkan sifat sabar, agresif, berjiwa kental, disiplin, kerja kuat, mengurus masa, urusan kira-kira kewangan, sumber manusia dan merenung hikmah ciptaan Tuhan.

Baca lagi jejak bisnes rasul melalui buku Jejak Bisnes rasul bagi memahami peribadi nabi sebagai usahawan, dan pengurusan cara nabi. Layari http://www.pts.com.my/maulud bagi menggembara mengenali Nabi Muhammad.   
 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024