Artikel

Nabi Muhammad Berniaga dengan Harta Siti Khadijah

oleh [email protected] pada 11 Feb 2010

Siti Khadijah Khuwailid pedagangan dan wanita kaya daripada suku Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab. Apabila beliau mendengar berkenaan Muhammad bin Abdullah, kejujuran beliau dan peribadi beliau yang mulia. Siti Khadijah menawarkan kepada Muhammad menguruskan perniagaannya di Syam. Muhammad juga ditemani oleh Maisarah, salah seorang pekerja Siti Khadijah.

Sepanajang perjalanan pelbagai perkara pelik dan menggagumkan berlaku. Maisarah juga berasa selesa dengan sifat mesra, kasih sayang dan lemah lembut Muhammad. Lebih menambahkan rasa pelik itu, Maisarah merasai awan menanungi perjalanan mereka daripada cahaya matahari.

Hasil bisnes Khadijah kali ini mendapat untung berlipat ganda. Hasil jualan yang diterima adalah lebih banyak berbanding peniaga yang lain. Bahkan Khadijah mengakui hasil itu adalah hasil terbanyak dan menguntungkan berbanding beliau menguruskannya dengan pedagang lain.

Hati Khadijah mula tertarik mahu mengnali Muhammad,  ditambah pula cerita cerita daripada Maisarah. Segala pengalaman Maisarah dengan Muhammad diceritakan sepanajang perjalanan menambahkan lagi rasa kagum pada Muhammad.

Perjalanan hidup Muhammad sebagai pedagang dan perkahwinan beliau dengan Siti Khadijah boleh lagi dibaca melalui buku Biografi Muhammad bin Abdullah dan Jejak Bisnes Nabi. Maklumat lanjut berkaitan perjalanan hidup Muhammad, layari http://www.pts.com.my/maulud.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024