Artikel
Perjumpaan Penulis Melayu di MPH
oleh Helmi pada 23 Aug 2005
Sesi selama sejam ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara penulis-penulis Melayu yang buku-bukunya dijual di MPH. Mereka juga berpeluang bertukar-tukar maklumat berkenaan industri buku, penulisan dan sebagainya.
Pada sesi itu juga pengunjung MPH berpeluang mendengar sendiri pengalaman penulis-penulis dalam menghasilkan karya, kenapa mereka menulis dan sedikit nasihat serta tip-tip untuk individu yang berminat menjadi penulis.
Penulis PTS yang hadir adalah Saudara Arief Salleh Rosman dan Ahmad Fadzli Yusof. Pengerusi kumpulan PTS iaitu Pn Ainon Mohd turut hadir untuk memberi sokongan dan galakan kepada penulis PTS.
Atara penulis yang hadir adalah Azizi Ali (penulis buku Millionaires are From Jupiter, Menjadi Jutawan, etc), Irfan Khairi (Rahsia Jutawan Inernet) termasuk penulis-penulis Alaf 21 seperti Aina Emir, Emran Hykal, Lily Suriani, Mimi Salleh.