Artikel
Persediaan Awal yang Diperlukan
oleh Helmi pada 10 Aug 2006
Jiwa
Jiwa adalah ciptaan Allah kepada manusia yang boleh di-rangsang supaya manusia beroleh kekuatan dan sikap-sikap positif. Antara potensi yang ada pada jiwa adalah, tidak keberatan, sentiasa berusaha, mempunyai keinginan, mampu menerima petunjuk dan lain-lain lagi seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat Quran.
Jiwa perlu sentiasa suci supaya memperoleh kasih sayang Allah, manusia boleh menjaga kesucian jiwa melalui ber-wuduk ataupun bertayamun seperti yang disebut dalam surah al-Maidah ayat 6, berzikir kepada Allah seperti yang dinyata-kan dalam surah al-Araf ayat 205, mendirikan solat, surah al-Ala ayat 14 hingga 15, ataupun memakmurkan masjid seperti yang disebut dalam surah al-Taubah ayat 108 dan sebagainya.
Hati
Hati perlu disediakan melalui berbagai usaha supaya memiliki sifat-sifat seperti bebas daripada penyakit dan kekerasan, sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Haj ayat 53 hingga 54, lembut sebagaimana disebut dalam surah Ali Imran ayat 159, menjadikan iman sebagai perhiasan, melalui surah al-Hujrat ayat 7 dan sebagainya. Cara memiliki hati yang besifat positif adalah dengan memantapkan keimanan dan berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk.
Akal fikiran
Akal dan fikiran adalah dua perkara yang saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Akal dan fikiran boleh dimanfaatkan tanpa batasan dalam usaha mencapai kecerdasan yang optimal. Akal dan fikiran penting bagi memperkuatkan hati nurani, menambahkan keimanan dan keyakinan hakiki serta memanfaatkan petunjuk dari Allah bagi melihat perkara-perkara ghaib.
Strategi belajar
Ingin tahu adalah sifat manusia, kemudian dikembangkan dalam pola kehidupan sebagai kecerdasan. Menuntut ilmu adalah satu usaha dalam memenuhi sifat ingin tahu, bahkan Nabi Muhammad berpesan supaya menuntut ilmu dimulai dari buaian hingga mati.
Setiap mukmin yang memperoleh kecerdasan perlu me-nuntut ilmu melalui berbagai strategi. Antaranya Allah menyebutkan melalui surah al-Anam ayat 43, supaya manusia bertanya kepada pakar mengenai Quran ataupun mengikuti cara yang disebut dalam surah al-Mujadalah ayat 11, supaya sentiasa mengikuti majlis ilmu. Hadis nabi juga menganjurkan supaya manusia belajar sampai kepada saat kematian.
Sasaran yang dituju
Menetapkan sasaran, penting apabila ingin memiliki sesuatu, terutamanya mencari sesuatu yang dapat memberi pengaruh kebaikan dalam skala yang luas, dalam dan abadi. Begitu juga dengan usaha-usaha untuk mendapatkan kecerdasan-kecerdasan yang dibawa oleh Quran.
Sekurang-kurangnya perlu ada sejumlah objektif yang menjadi sasaran iaitu, memperolehi petunjuk, tidak buta, memperoleh rahmat, penawar, cahaya, peringatan, memahami kisah-kisah terbaik, tidak takut dan tidak sedih, berilmu, dapat melihat wajah Allah, berkata-kata dengannya, disucikan olehnya dan bertakwa.
Sentiasa berdoa
Islam sentiasa mengajarkan, setiap usaha kita tidak terlepas daripada:
* Berusaha bersungguh-sungguh dengan segala upaya.
* Berdoa dengan penuh harapan dan bersungguh-sungguh, walaupun setengah pendapat mengatakan berdoa hanyalah perkara mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Apabila dikaji, usaha-usaha bagi mencapai kecerdasan bukan-lah mudah. Itulah sebabnya kita perlu berdoa, dan sekurang-kurangnya kita hendaklah memohon kepada Allah supaya:
1)Dijauhkan daripada pengaruh syaitan, dijelaskan dalam surah al-Mukminun ayat 97 hingga 98.
2)Ditambahkan ilmu, disebut dalam surah Taha ayat 114.
3)Diampuni kerana berlebihan dalam pekerjaan, disebut dalam surah Ali Imran ayat 147.
4)Diberikan kesabaran, surah al-Araf ayat 126.
5)Dikurniakan keteguhan fikiran, surah al-Baqarah ayat 250.
6)Dilapangkan dada dan dipermudahkan dalam segala urusan, surah Taha ayat 25 hingga 28.
7)Diampuni dosa sendiri, ibu bapa dan orang-orang yang beriman, surah Ali Imran ayat 193.
Ditunjukkan jalan untuk bersyukur dan beramal soleh serta diredai, surah al-Ahqaf ayat 15.