Artikel

Pertemuan Eksklusif bersama Pak Latip di Pesta Buku Malaysia 2013

oleh Amirah Hassan pada 25 Jan 2013

PTS Media Group Sdn. Bhd (PTS) dengan rasa gembiranya berkongsi satu berita yang mengujakan buat kita semua. Bersempena dengan Pesta Buku 1 Malaysia 2013 (PB1M) yang bermula 30 Januari hingga 3 Februari ini, PTS membuka peluang istimewa kepada pencinta buku sejarah Islam bertemu secara eksklusif penulis novel sejarah no. 1 negara, Tuan Abdul Latip Talib.

Pertemuan eksklusif ini adalah bagi mempromosikan peraduan istimewa yang dianjurkan oleh Pak Latip sendiri iaitu ‘Umrah Percuma Bersama Pak Latip’. Cara bagi menyertai peraduan ini adalah dengan menyiarkan gambar dan karangan di laman Facebook beliau dengan carian; ‘Abdul Latip Talib | Penulis Novel Sejarah’. Tarikh tutup peraduan ini adalah pada 25 Februari 2013.

Pertemuan eksklusif ini menyediakan ruang yang lebih besar kepada peminat bagi mendekati beliau dan beramah mesra serta berbincang perihal sejarah Islam serta bertukar-tukar pendapat, dan pengalaman. Pertemuan ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 1 hingga 3 Februari 2013

Masa: 10.30 pagi – 12.30 tgh hari & 2.30 petang – 4.30 petang

Lokasi: Booth PTS (B06 - B35), Dewan Tun Razak 3, PWTC, Kuala Lumpur

Dalam perkembangan lain, Pak Latip sedang giat menjalakan kerja-kerja amal dan terkini adalah Misi Bantuan ke Kemboja. Projek ini akan membekalkan buku latihan, pensel dan pemadan untuk penduduk Melayu Campa yang beragama Islama.

Menurut Pak Latip, buat masa sekarang mereka memerlukan dua perkara penting iaitu pendidikan dan mendapatkan air bersih. Di bidang pendidikan mereka terpaksa membina sekolah sendiri dari bantuan luar dan pelajar belajar tanpa buku dan alat tulis bahkan guru yang mengajar tanpa dibayar gaji.

Sekiranya mahu turut serta memberi sumbangan, boleh terus ke laman Facebook Pak Latip dengan carian ‘Abdul Latip Talib | Penulis Novel Sejarah’.

 

#Temui kami di Booth PTS di Dewan Tun Razak 3, PWTC sempena Pesta Buku 1 Malaysia bermula 30 Januari hingga 3 Februari 2013 ini.

 



Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024