Artikel
PTS meriahkan Pesta Buku 1 Malaysia 2013 (PB1M) dengan Pilihan dan Tawaran Terbaik 2013
oleh [email protected] pada 25 Jan 2013
Tahun 2013 membuka tirai dengan kemeriahan pesta buku yang julung-julung kali diadakan iaitu Pesta Buku 1 Malaysia 2013. Pastinya PTS tidak ketinggalan untuk turut serta dan menawarkan buku-buku yang berkualiti terbitan PTS. Jadi, usah ditunggu lagi, lapangkan hujung minggu ini dan kita bertemu secara eksklusif seperti butiran berikut:
Tarikh : 30 Januari – 3 Februari 2013
Lokasi : B06 - B35, Dewan Tun Razak 3, PWTC.
Masa : 10.00 pagi – 8.00 malam
PTS juga dengan rasa gembiranya berkongsi satu berita yang mengujakan buat kita semua. PTS membuka peluang istimewa kepada pencinta buku sejarah Islam bertemu secara eksklusif penulis novel sejarah no. 1 negara, Tuan Abdul Latip Talib. Pertemuan eksklusif ini adalah bagi mempromosikan peraduan istimewa yang dianjurkan oleh Pak Latip sendiri iaitu 'Umrah Percuma Bersama Pak Latip'.
Pertemuan ini bakal menyediakan ruang yang lebih besar kepada peminat bagi mendekati beliau dan beramah mesra serta berbincang perihal sejarah Islam serta bertukar-tukar pendapat, dan pengalaman. Pertemuan ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 1 hingga 3 Februari 2013
Masa: 10.30 pagi – 12.30 tgh hari & 2.30 petang – 4.30 petang
Lokasi: Booth PTS (B06 - B35)
PTS juga pastinya menawarkan promosi yang terbaik bagi memeriahkan lagi PB1M 2013 ini. Dengan tawaran diskaun bermula 15% sehingga 50% di samping tawaran-tawaran lain pasti menarik perhatian semua ke booth kami. Mari kita lihat apa lagi yang menarik di PB1M 2013 ini:
Pakej Pilihan Terbaik PTS 2013
Pakej Novel Islami
Menawarkan pelbagai pilihan novel Islami dengan tawaran yang amat mengujakan iaitu dengan 4 judul pilihan hanya berjumlah RM50 sahaja.
Pakej Sejarah Islam
Menawarkan pelbagai pilihan novel sejarah Islam yang amat diminati ramai. Tawaran luar biasa dengan 3 judul pilihan berjumlah RM50 sahaja.
Tawaran Terbaik PTS 2013
-
Tawaran eksklusif Ensiklopedia Nabi Muhammad dengan harga promosi hanya RM200.00 sahaja.
-
Tawaran eksklusif buku agama terpilih dengan diskaun 25% iaitu:
- Asbabun Nuzul
- Armagedon 2012
- Doa Ajaran Illahi, Rasul, Sahabat + CD
- Kamus Al-Quran
- Riyadus Solihin
- 99Q Kecerdasan Berasaskan Asmaul Husna -
Tawaran RM7.00 bagi setiap satu pakej DVD Kombo Senangnya Memasak bersama Chef Hanieliza.
Hadiah PTS untuk pengunjung PB1M 2013:
-
20 pembeli pertama di booth PTS setiap hari akan menerima hadiah misteri PTS
-
5 pembeli pertama dengan nilai belian RM200.00 (selepas diskaun) akan menerima hamper eksklusif PTS bernilai RM50
Kami pasti semua peminat buku PTS teruja menanti PB1M 2013 ini. Sebarkan kemeriahannya bersama keluarga dan sahabat handai. Insyallah kita akan jumpa di sana.
#Temui kami di Booth PTS di Dewan Tun Razak 3, PWTC sempena Pesta Buku 1 Malaysia bermula 30 Januari hingga 3 Februari 2013 ini.