Artikel

Perubahan Kecil Hasilnya Besar

oleh Helmi pada 05 Mar 2006

Kita sedar ataupun tidak, ia berlaku ke atas kita sama ada secara umum ataupun global, perubahan tetap berlaku. Ada kala kita mampu mengelak, ada kala kita terpaksa menerima hakikatnya.

Walaupun dunia berubah kita mesti mengikut arus perubahan itu. Jika tidak, kita ketinggalan zaman dan ibarat katak di bawah tempurung. Biasanya kita tidak suka apabila diminta membuat perubahan. Apatah lagi apabila diminta mengubah gaya hidup seharian.

Apabila kita sudah lama berada dalam sesuatu pekerjaan ataupun suasana, selalunya kita berasa sebati dengannya, selesa dan merasai seolah-olah itulah dunia kita. Kita fikir dunia yang lain adalah kepunyaan orang lain dan tidak perlu diambil peduli.

Terdapat dua keadaan perubahan:
-Perubahan yang datang daripada kita sendiri.
-Perubahan yang datang daripada orang lain.

Perubahan yang datang daripada kita sendiri bukan bersifat paksaan tetapi secara sukarela. Diri kita yang inginkan perubahan. Rasa ingin berubah ini datang daripada sifat diri kita yang suka mencuba sesuatu yang baru seperti ilmu dan pengalaman yang baru. Ia berlaku disebabkan perasaan manusia yang tidak begitu selesa berada terlalu lama dalam suasana yang sama.

Perubahan yang datang daripada orang lain pula mungkin bersifat paksaan. Kita tidak mahu adanya perubahan dalam hidup, tetapi disebabkan desakan dan tekanan dari luar ataupun daripada orang lain, kita terpaksa mencari jalan keluar daripada kepompong yang sudah lama kita duduki itu.

Ada orang lebih senang membuat perubahan secara besar-besaran ataupun menyeluruh. Keadaan ini dinamakan ‘revolusi’. Apabila secara revolusi, hasilnya adalah besar. Namun bukan semua orang suka kaedah ini kerana risiko menghadapi kerugian adalah tinggi.

Tambahan pula, ada juga peribahasa Melayu yang mengatakan berdikit-dikit lama-lama jadi bukit. Ayat ini bermaksud, membuat kerja sedikit demi sedikit, lama-kelamaan hasilnya bertambah banyak seperti bukit. Bagi mendapat langkah yang ke 1,000 pun kita perlu bermula dengan langkah yang pertama.
Begitu juga dengan mengira ke angka 1,000, kita perlu bermula daripada angka satu.

Malah, peribahasa berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian juga bermaksud sebelum mencapai zaman kesenangan dan kemewahan, kita perlu melalui zaman susah dahulu. Kita kena bersakit-sakit dahulu, barulah dapat kesenangan pada kemudian hari.

Apabila hendak membuat perubahan secara besar-besaran, ujiannya juga besar. Adakah kita sanggup berkorban masa, wang dan tenaga yang banyak untuk perubahan itu? Tentu sekali pengorbanan dan perubahan yang besar mampu memperoleh hasil yang besar. Namun, kita perlu juga berhati-hati dengan risikonya yang juga besar.
Adakah kita sanggup menanggung kerugian yang besar? Jika sanggup, teruskan.

Dalam MLM, kita hanya perlu membuat sedikit perubahan bagi mendapat peluang, ganjaran dan hasil yang besar dan lumayan. Namun ramai yang tidak faham bagaimana hendak membuat perubahan.
Oleh sebab itu kita perlu faham apa itu MLM. Apa itu Jobs Terms of Reference (JTOR) MLM yang bermaksud bidang tugas dan aktiviti harian sebagai rujukan kita, skop tugas dan kerja dalam MLM berserta aktivitinya. Apabila kita dapat memahaminya, barulah kita dapat membuat perubahan.

Perubahan yang perlu kita lakukan, bukan perubahan besar yang kita tidak mampu lakukan. Tetapi, kita perlu menyenaraikan aktiviti, tugas dan skop kerja dalam MLM, supaya kita nampak dengan jelas apa yang perlu dilakukan. Kita mampu memilih dan mengubah apa yang dapat dilakukan terlebih dahulu.

Ayat pertama diturunkan kepada nabi Muhammad adalah Iqra’ yang bermaksud baca, kaji dan faham. Ini bermakna, tindakan pertama kita adalah mendengar, keduanya membaca, ketiganya beramal dan terakhir menyampaikan.

Dalam MLM, perkara berikut adalah penting:
-Mesyuarat
-Mengguna
-Menjual
-Menaja
-Memberi khidmat

Dalam MLM, kita perlu tahu bidang ilmunya seperti berikut:
-Ilmu MLM
-Ilmu pelan pemasaran
-Ilmu produk
-Ilmu syarikat
-Ilmu pemasaran
-Ilmu kesihatan
-Ilmu manusia
-Ilmu penyakit
-Ilmu komunikasi
-Ilmu komputer
-Ilmu Internet

Begitu juga dengan jadual harian kita iaitu:
-Solat
-Makan
-Ke surau
-Ke majlis ilmu
-Hadiri kursus
-Bersama anak
-Bersama isteri ataupun suami
-Memasak
-Menziarah
-Kenduri
-Tidur
-Berehat
-Mandi
-Tonton televisyen ataupun video
-Ke pasar
-Kemas rumah
-Membasuh kain
-Ke sekolah
-Ke kelas tuisyen
-Ke kelas aerobik

Dalam kerjaya MLM juga, kita diibaratkan pergi berperang. Bayangkan bagaimana persediaan kita apabila hendak pergi berperang. Dalam MLM persediaan adalah penting seperti berikut:
-Ilmu
-Pakaian
-Pertuturan
-Produk
-Fail
-Beg
-Komputer
-Peralatan
-Kertas kosong
-Pamflet atau brosur
-Pelan pemasaran
-Testimonial

Dalam berperang perlu ada taktik. MLM juga perlu ada taktik berperang. Tidak boleh hanya ada satu taktik, ia perlu dipelbagaikan bagi membantu kita menjalankan perniagaan. Mari kita senaraikan apa bentuk perubahan yang dapat dan mampu kita lakukan.
-Menghadiri mesyuarat
-Menghadiri kursus dan seminar
-Mengguna barang
-Menjual barang
-Memberi khidmat
-Mencari prospek
-Membuat nota

Perubahan yang kecil sebenarnya mampu mengubah hidup kita menjadi lebih baik. Ia tidak semestinya perlu diubah secara drastik dan besar-besaran sehingga kita berasa sukar hendak melakukannya. Memadai dengan membuat perubahan yang kecil, tetapi mengetahui mana satu perubahan yang hendak dibuat itu.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025