Artikel

Pesawat Khas Pindahkan Rakyat Malaysia Dari Libya

oleh Roziyah pada 24 Feb 2011

Kerajaan mengambil langkah menggunakan pesawat khas dari Eropah bagi memindahkan 190 rakyat Malaysia dari Libya selepas kerajaan negara itu enggan membenarkan pesawat tentera masuk.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab memaklumkan kepada media kerajaan Libya membuka ruang udara selama 48 jam dan membenarkan pemindahan warga asing di negara itu.

Beliau turut menjelaskan yang kerajaan tidak dibenarkan mengguna pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia.

"Kami kini meneliti pilihan kedua iaitu menggunakan pesawat sewa khas itu akan berlepas ke Tripoli bagi membawa keluar rakyat Malaysia dan menerbangkan mereka ke Rome," jelas Thajudeen lanjut.

Mohames Thajudeen menjelaskan yang pesawat sewa khas itu akan berlepas ke Tripoli bagi membawa keluar rakyat Malaysia dan menerbangkan mereka ke Rome sebaik sahaja butiran lengkap diperincikan.

"Malaysia Airlines mengadakan penerbangan berjadual dari Rome yang boleh digunakan untuk membawa mereka pulang. Pada masa yang sama, pesawat C-130 yang ketika ini berada di Slovakia akan terbang ke Rome dan diletakkan dalam keadaan bersiap sedia," jelas Thajudeen yang dipetik media.

Libya kini dilanda pergolakan sejak seminggu lepas ekoran tunjuk perasaan rakyat negara itu terhadap pemimpin mereka Muammar Gaddafi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025