Artikel
Bahasa Mudah difahami: Buku PTS Diterima di Institut Tahfiz
oleh Roziyah pada 23 Feb 2011
Penggunaan bahasa yang mudah difahami selain buku-buku yang berkualiti tinggi menyebabkan pihak pengurusan Institut Tahfiz al-Quran (ITQAN) Negeri Sembilan menerima semua jenis buku keluaran PTS.
Bagi ketua ITQAN, Ustaz Zamani Bin Ibrahim, beliau tidak teragak-agak membeli semua jenis buku keluaran PTS kerana yakin dengan isi kandungan buku terbitan PTS.
Beliau juga menjelaskan, bahasa yang ringkas dan mudah yang digunakan dalam setiap buku PTS menambahkan semangat kepada pelajar-pelajar di ITQAN bagi terus membaca.
Ustaz Zamani juga tidak meletakkan had bacaan kepada pelajarnya. Beliau turut membeli buku-buku remaja serta komik terbitan PTS bagi diletakkan di dalam perpustakaan Institut tersebut.
"Imej buku yang cantik dan keselesaan memegang buku-buku keluaran PTS ini juga menarik minat saya meletakkan buku-buku PTS di perpustakaan Institut ini," jelas beliau lagi.
Selain meletakkan buku di perpustakaan institut itu, pihak pengurusan ITQAN juga sering mengadakan diskusi buku bersama penulis-penulis ternama seperti Tuan Abdul Latip Talip yang menghasilkan buku-buku sejarah Islam.