Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Kujemput Jodohku

oleh Amirah Hassan pada 15 Feb 2013

Jodoh itu perlu dicari. Menantinya tanpa usaha yang pasti tidak menjanjikan kita apa-apa. Kujemput Jodohku mengupas situasi cinta tidak berbalas atau dikenali dengan Derita Cinta Tidak Berbalas (DCTB). Sesetengah individu pasti meratapi dan menyesal apabila cinta mereka kepada seseorang itu tidak berbalas. Bagaimanapun, sudah tiba masanya untuk kita bangkit daripada kekecewaan.

Buku ini dapat membantu mereka yang kecewa membuang kenangan memedihkan. Gali potensi diri kita dengan menjemput jodoh sebenar dengan cara yang disyariatkan Allah. 

PBAKL 2013 kembali lagi bermula 26 April sehingga 5 April 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Temui kami PTS dan dapatkan buku-buku terbaik kami.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024