Artikel

Ekspo Buku Islam Kembali Lagi

oleh [email protected] pada 15 Feb 2013

Berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan sepanjang Ekspo Buku Islam yang diadakan pada 2011, Sinergi Ilmu sekali lagi menganjurkan Ekspo Buku Islam buat kali ke enam (6) di Dewan Cempaka Sari, Putrajaya. Ekspo Buku Islam 6 ini akan bermula pada 22 Februari sehingga 3 Mac 2013.

PTS Media Group Sdn Bhd (PTS) seperti biasa akan turut menyertai ekspo ini dan pastinya menawarkan buku-buku terbaik kami selaras dengan tagline kami, Buku untuk Semua. Penyertaan PTS ini juga selari dengan objektif penganjuran iaitu untuk menyatupadukan pemain utama dalam industri buku Islam dalam usaha menyebarkan ilmu-ilmu bermanfaat kepada masyarakat disamping peluang perniagaan yang menguntungkan.

Selain pilihan buku yang terbaik, kami juga membawa secara eksklusif penulis-penulis PTS memeriahkan ekspo buku islam edisi kali ini. Berikut adalah senarai lengkap program-program kami:

Kuali PTS bersama Chef Hanilieza

Tarikh: 23 Feb 2013

Masa: 4.00pm – 6.00pm

Kuali PTS bersama Chef Fazalina

Tarikh: 1 Mac 2013

Masa: 1.00pm – 3.00pm

Sebarkan Ilmu bersama Hilal Asyraf

Tarikh: 2 Mac 2013

Masa: 10.00am – 12.00pm

Sebarkan Ilmu bersama Ustaz Rohidzir

Tarikh: 3 Mac 2013

Masa: 12.00pm – 2.00pm

Temui kami PTS di Ekspo Buku Islam 6 di Dewan Cempaka Sari, Putrajaya. PTS, Buku untuk Semua.



Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024