Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Kala Cinta & Wahyu Bersatu

oleh Hairul Faizal Adli pada 09 Apr 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kini kembali dengan tema Buku Menjana Kepintaran Kreatif bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC pada 26 April hingga 5 Mei 2013. Dengan slogan “Kita pasti Datang @PTS” bakal menarik ramai pengunjung ke Arena Buku PTS. 

Jodoh tidak mampu dimiliki dengan kudrat manusia. Perkahwinan tidak semestinya bermula dengan ungkapan cinta, pengorbanan, ataupun sekadar memberi semata-mata. Jodoh itu adalah takdir dan berlaku dengan ketentuan Allah.

Amir Mukhlis pulang ke Malaysia bertarung antara hidup dan mati sedangkan Balqis menyangkanya sudah pergi menghadap Ilahi.

Selepas Wardah kembali menemui Pencipta, Tasnim teguh membawa delegasi cinta Wardah buat Amir Mukhlis. Dari situ, berlaku pertemuan dan perkenalan, lalu Tasnim jatuh hati kepada Amir Mukhlis.

Amelia yang sudah lama memendam kasih kepada Amir Mukhlis mengharap cintanya disambut oleh pujaan hatinya itu.

Amir Mukhlis terhimpit apabila dua jiwa cuba mendambakan cintanya. Namun, jauh di sudut hati, hanya Balqis yang layak menjadi suri hatinya.

Balqis cuba mengalah lalu membawa diri apabila menyedari ada yang memendam rasa kepada Amir Mukhlis. 

Dapatkah Amir Mukhlis dan Balqis bersatu menggapai cinta mengikut wahyu Allah? Dapatkah mereka bersatu kerana agama Allah? Berjayakah Amir Mukhlis melepaskan dirinya daripada rasa cinta Tasnim dan Amelia?

Novel Islami yang wajib dibaca ini dapat menjawab persoalan ini. Kala Cinta dan Wahyu Bersatu berupaya meruntun emosi khalayaknya hingga ke nokhtah terakhir.

Mari datang beramai-ramai ke PBAKL 2013. Jangan lupa mengunjungi Arena Buku PTS dan mendapatkan buku-buku menarik yang disediakan.

Anda juga boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025