Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: The Leader in You (Edisi Bahasa Melayu)

oleh Hairul Faizal Adli pada 08 Apr 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kini kembali dengan tema Buku Menjana Kepintaran Kreatif bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC pada 26 April hingga 5 Mei 2013. Dengan slogan “Kita pasti Datang @PTS” bakal menarik ramai pengunjung ke Arena Buku PTS.

Manusia adalah makhluk yang kompleks dan sangat sukar difahami. Antara cabaran yang terbesar bagi seseorang manusia adalah cabaran untuk berurusan sesama manusia itu sendiri. Berurusan dan berhubung dengan manusia ini mempunyai seninya yang tersendiri. Hanya manusia yang bersungguh-sungguh mahu memahami dan berminat kepada manusia lain akan dapat menguasai seni perhubungan ini. Salah satu cabang seni perhubungan yang paling berkuasa di dunia ini adalah seni kepimpinan.

Dengan kepimpinan yang ada, kita dapat memanfaatkan segala kebolehan diri dan sumber di sekeliling untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Seorang pemimpin yang hebat pula mampu mempengaruhi orang lain dan menjadikan orang lain lebih hebat daripadanya. Namun, tidak ramai yang sedar, nilai-nilai kepimpinan yang hebat ini sebenarnya ada dalam diri kita. Bagaikan mutiara yang masih mendap di dasar lautan, nilai kepimpinan ini tersembunyi dan tiada sesiapa pun yang menyedarinya.

Mujurlah ada Dale Carnegie, jurulatih seni perhubungan dan kepimpinan yang terkemuka di dunia. Beliau adalah penulis buku seni perhubungan bestseller sepanjang zaman, iaitu “How to Win Friends and Influence People” yang sudah terjual jutaan naskhah di seluruh dunia. Buku terbaru Dale Carnegie ini, “The Leader in You” yang dihasilkan oleh institusi Dale Carnegie, menghimpunkan teknik kepimpinan yang terbaik sepanjang zaman, terbukti berkesan, dan diamalkan oleh pemimpin-pemimpin hebat di seluruh dunia. Buku ini membantu kita menerokai potensi hebat yang tersembunyi dan menyerlahkan kepimpinan dalam diri kita.

Mari datang beramai-ramai ke PBAKL 2013. Jangan lupa mengunjungi Arena Buku PTS dan mendapatkan buku-buku menarik yang disediakan.

Anda juga boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2022