Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Nikmatnya Sedekah

oleh Faslin Syarina Salim pada 12 Mar 2013

Keunikkan dan keindahan bersedekah dapat dirasai melalui karya Muhammad Hasan al-Basri iaitu Nikmatnya Bersedekah. Buku ini juga akan dipamerkan di PBAKL 2013 pada 26 April sehingga 5 Mei di PWTC, Kuala Lumpur. Bertempat di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC dengan slogan “Kita Pasti Datang @PTS”. PTS menyediakan buku-buku pilihan terbaik buat para pengunjung.

Menurut hadith yang dilaporkan oleh Abdullah bin Umar, Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan bahawa tangan di atas lebih baik berbanding tangan di bawah. Tangan di atas adalah tangan yang memberi, manakala tangan di bawah adalah tangan yang meminta. Hadith ini direkodkan oleh Imam Muslim.

Hadith tersebut menjadi antara pegangan umat Islam yang suka bersedekah. Sifat suka bersedekah perlu dipupuk sejak kecil. Hal ini bagi memastikan apabila seseorang sudah dewasa, dia tidak keberatan pula hendak menunaikan zakat, iaitu Rukun Islam keempat.

Agama Islam begitu mementingkan sedekah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang direkodkan oleh Imam Tirmidzi, yang menyatakan bahawa sedekah dapat memadamkan kemarahan Tuhan dan menolak kematian secara buruk.

Selain itu, terdapat banyak ayat dalam kitab suci al-Quran yang menekankan kepentingan bersedekah.

Menerusi buku berjudul Nikmatnya Bersedekah ini, penulis Muhammad Hasan al-Basri atau nama sebenarnya Wawan Susetya menerangkan, sedekah terbahagi kepada tiga jenis, iaitu zakat, infak, dan sedekah. Penjelasan tentang ketiga-tiga amalan mulia ini dapat kita baca selanjutnya dalam buku ini.

Selain perkongsian tentang jenis-jenis sedekah, buku ini juga mengandungi contoh-contoh sedekah keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dan kisah-kisah ahli sedekah pilihan pada zaman dahulu.

Tahukah kita bahawa para isteri Nabi juga gemar bersedekah? Malah, seorang daripada Ummahatul Mukminin digelar tangan panjang, bukan kerana suka mencuri, tetapi kerana suka bekerja dengan tangan sendiri dan hasil pekerjaannya itu diberikan sebagai sedekah kepada orang lain.

Sekiranya kita ingin mengetahui kelebihan antara pemberi dan penerima sedekah, juga hubung kait antara kedua-duanya, kita boleh mendapatkan penjelasan lanjut dalam buku berjudul Nikmatnya Bersedekah ini.

Mari datang beramai-ramai ke PBAKL 2013. Jangan lupa mengunjungi Arena Buku PTS dan mendapatkan buku-buku menarik yang disediakan.

Buku terbaru terbitan PTS Millennia akan diterbitkan pada 15 Mac 2013 dan boleh didapati di kedai-kedai buku yang berhampiran, ataupun secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024