Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Tip Belajar Tanpa Stres

oleh Shafiq Noorisham pada 12 Mar 2013

Buku motivasi terbaru Tip Belajar Tanpa Stres bakal menemui anda di PBAKL 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 26 April hingga 3 Mei. Bertempat di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC dengan slogan “Kita Pasti Datang @PTS”. PTS menyediakan buku-buku pilihan terbaik buat para pengunjung.

Belajar adalah suatu proses dalam kehidupan manusia. Ilmu dan pengetahuan penting dalam pembinaan jati diri yang kuat dalam setiap individu. Namun dalam proses ini, bukan suatu perkara yang mudah untuk memperolehi ilmu dan pengetahuan.

Hilang tumpuan, leka, dan tekanan semasa belajar memberikan suatu impak iaitu stres. Lain orang lain caranya dalam menangani stres, tetapi stres harus ditangani dengan betul agar tidak mengganggu proses belajar.

Buku motivasi Tip Belajar Tanpa Stres terbitan PTS Millenia ini mengupas tentang tp-tip yang sesuai digunakan oleh pelajar yang mahu menangani stres.

Selain itu, buku ini juga menyatakan kaedah serta teknik yang boleh digunakan oleh pelajar untuk senang mengingati fakta yang sukar.

Buku ini tidak terhad kepada kaedah pembelajaran yang berkesan malah mengajar pelajar untuk mengawal minda mereka dan muhasabah diri melalui pendekatan agama, dan kerohanian.

Gabungan minda yang positif, kerohanian, dan teknik yang berkesan mampu menepis stres semasa proses pembelajaran.

Buku seperti Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak telah menjadi buku best seller dan mendapat liputan yang meluas daripada pihak media.

Penggunaan teknik yang mudah diamalkan dan berkesan. Satu anjakan paradigma perlu dilakukan untuk merubah cara dan teknik belajar yang sedia ada untuk menjadikan proses pembelajaran itu lebih mengujakan.

Tidak senang untuk menjadi senang, tidak susah untuk menjadi susah!

Mari datang beramai-ramai ke PBAKL 2013. Jangan lupa mengunjungi Arena Buku PTS dan mendapatkan buku-buku menarik yang disediakan.

Buku ini akan diterbitkan pada 25 Mac 2013. Anda juga boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024