Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: The Power of Now

oleh Hairul Faizal Adli pada 07 Mar 2013

Arena Buku PTS akan tampil di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 pada 26 April hingga 5 Mei 2013. Bertempat di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC dengan slogan “Kita Pasti Datang @PTS”. PTS menyediakan buku-buku pilihan terbaik buat para pengunjung.

Pilihan terbaik kali ini adalah The Power of Now (Edisi Bahasa Melayu).Ketenangan dan kebahagiaan hidup ada dalam setiap saat kehidupan kita. Namun, beban masalah dan kesibukan dunia selalu meragut ketenangan.

Hari-hari dalam kehidupan kita dilalui dengan penuh stres dan ketakutan. Kita dihantui oleh kesilapan semalam, tertekan dengan masalah hari ini, dan bimbang dengan masa depan yang tidak terjamin.

Setiap hari kita bertarung dengan pancaroba dunia. Kita terlalu sibuk sehingga lupa dan tiada masa untuk menikmati kehidupan ini.

The Power of Now akan menyedarkan kita supaya sentiasa menikmati setiap saat dalam hidup ini. Jangan terperangkap dalam kenangan silam dan jangan terlalu risau tentang masa hadapan.

Terkenangkan masa silam, kita lemas. Terfikirkan masa depan, kita cemas. Bukankah hari ini adalah emas? Marilah menikmati kehidupan kita pada saat ini. Ya, nikmatilah saat ini.

Dengan penyampaian berbentuk soal jawab, banyak persoalan hidup kita akan dirungkai kekusutannya. Minda kita pula akan ditanam dengan benih ketenangan.

Bertenang dan teruskan perjuangan hidup. Seorang pejuang yang sejati mampu menghayati setiap saat pertarungannya.

The Power of Now, jangan bertangguh untuk menikmati saat sekarang dan manfaatkan hidup ini dengan sepenuhnya.

Mari datang beramai-ramai ke PBAKL 2013. Jangan lupa mengunjungi Arena Buku PTS dan mendapatkan buku-buku menarik yang disediakan.

Anda juga boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024