Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Rich Dad Poor Dad (Edisi Bahasa Melayu)

oleh Hairul Faizal Adli pada 08 Mar 2013

Arena Buku PTS akan tampil di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 pada 26 April hingga 5 Mei 2013. Bertempat di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC dengan slogan “Kita Pasti Datang @PTS”. PTS menyediakan buku-buku pilihan terbaik buat para pengunjung.

Pilihan terbaik kali ini adalah Rich Dad Poor Dad karya Robert T. Kiyosaki. Seandainya setiap agama mempunyai kitab suci yang tersendiri, maka tidak keterlaluan jika dikatakan, buku Rich Dad Poor Dad adalah kitab utama bagi mazhab kekayaan dalam dunia moden sekarang.

Tanyalah kepada para jutawan di seluruh dunia, lebih separuh daripada mereka pasti memberitahu yang mereka pernah membaca buku ini. Inilah buku kewangan dan motivasi kekayaan yang terulung serta bestseller sepanjang zaman.

Matlamat buku ini sangat jelas, untuk membantu kita mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja.

Buku ini pernah menggemparkan dunia dengan kontroversi yang sensasi untuk dibahaskan mengenai kekayaan. Orang ramai melenting kerana mereka seolah-olah dilabelkan sebagai hamba wang oleh penulis buku ini, Robert T. Kiyosaki.

Yang paling mengejutkan, Robert mendedahkan betapa ramainya manusia yang terperangkap dalam kitaran sia-sia Rat Race. Anda mungkin terperangkap sama. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang.

Dapatkan buku ini dan keluarlah daripada kitaran sia-sia sebagai jutawan yang merdeka daripada masalah kewangan.

Mari datang beramai-ramai ke PBAKL 2013. Jangan lupa mengunjungi Arena Buku PTS dan mendapatkan buku-buku menarik yang disediakan.

Anda juga boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024