Artikel
Popular terima kesan Positif Promosi Baca@Ramadan
oleh Roziyah pada 04 Aug 2010
Bahan promosi yang disediakan oleh PTS memberi kesan positif kepada kedai buku yang terlibat dalam promosi Baca @Ramadan.
Menurut Eksekutif Jualan Popular Kota Bahru Mall, Cikpuan Samsiah berkata hasil bahan promosi yang disediakan PTS memberi kesan kepada hasil jualan terutamannya buku-buku promosi Baca @Ramadan.
Antara buku yang meningkat jualannya termasuklah buku masakan keluaran Chef Hanieliza dan Khalifah-Khalifah yang Benar tulisan Abdul Latip Talip.
"Kita juga memberikan flayes kepada pembeli. Ada antara pembeli yang dapat bahan promosi tersebut datang kembali ke Popular dan bertanyakan mengenai buku-buku promosi Baca @Ramadan," kata Cikpuan Samsiah.
Promosi Baca @Ramadan memberikan peluang kepada pembaca menambahkan ilmu dan amal sepanjang bulan puasa ini dengan membaca buku-buku berilmu.
Baca @Ramadan lebih meriah apabila kedai-kedai buku termasuk kedai buku Popular mempamerkan bahan-bahan promosi bagi memeriahkan Ramadan kali ini.