Artikel

Dengarkan Bicara Baca@Ramadan di IKIM FM

oleh Roziyah pada 05 Aug 2010

 

Dari kanan, Perantara IKIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin, bersama Ustaz Rashidi, Puan Rohayati Bakri, Tuan Imran Azmi dan Tuan Rohidzir Rais berbicara mengenai buku khas sepanjang Ramadan ini.

 

IKIM FM telah menjalankan rakaman bual bicara program Baca@Ramadan bersama penulis serta editor PTS baru-baru ini.

Rakaman yang akan disiarkan pada jam 9.15 malam ini akan memaparkan buku-buku keluaran PTS khas bagi menyambut Ramadan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.

Penulis yang hadir dan menjayakan rakaman bual bicara tersebut adalah penulis buku Travelog Syahadah keluaran PTS Islamika, Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah dan penulis buku 101 Akhlak Rasulullah, Puan Rohayati Bakri juga dikeluarkan oleh PTS.

Turut bersama menjayakan program tersebut adalah dua orang editor kanan PTS Islamika iaitu Tuan Imran Azmi dan Tuan Rohidzir Rais yang bercerita lanjut mengenai promosi Baca@Ramadan yang dilaksanakan oleh PTS. Tuan Rohidzir juga sempat berbicara mengenai pembacaan di bulan Ramadan manakala Tuan Imran berbicara mengenai buku-buku yang dikeluarkan khas pada bulan Ramadan ini.

Lebih menarik lagi, tuan dan puan pendengar sekalian dapat mendengar pengalaman Ustaz Rashidi, seorang mualaf yang berbicara mengenai pengalaman hidupnya di awal beliau memeluk agama Islam. Pengalaman yang bakal menyentuh sanubari pendengar ini juga diselitkan dalam buku Travelog Syahadah hasil tulisan beliau.

Puan Rohayati pula berbicara mengenai buku 101 Akhlak Rasulullah yang sememangnya diminati oleh kanak-kanak. Dengarkan rahsia dan keistimewaan buku 101 Akhlak Rasulullah yang telah menambat hati pembaca cilik ini di IKIM FM jam 9.15 malam ini.

Pendengar boleh mendapatkan siaran radio IKIM FM di frekuensi 91.5 FM untuk Lembah Klang, Utara semenanjung di 89.0 FM, Ipoh di 102.7 FM, Negeri Sembilan di 102.7 FM, Melaka di 89.5 FM, Johor Bahru di 106.2 FM, Kuantan di 89.6 FM, Kuala Terengganu di 100.2 FM, Kota Bharu di 89.8 FM, Kuching di 93.6 FM dan Kota Kinabalu di 93.9 FM.

 

Dengarkan Baca@Ramadan bersama pengantara yang tidak asing lagi, Ustaz Zamri Zainal Abidin yang berbicara mengenai buku-buku yang bakal mengisi Ramadan tuan dan puan kali ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024