Artikel
Prebiu buku@KLfm Bicara Buku S Untuk…
oleh Roziyah pada 09 Aug 2010
Prebiu buku di KL FM hari ini, 9 ogos jam 12.30 tengah hari akan membicarakan buku PTS yang bertajuk S Untuk... karya Ida Munira terbitan PTS Profesional.
Rancangan Previu Buku@KLfm yang diterbitkan oleh Juliyana Hussain atau Dj Julia ini memberi maklumat atau ringkasan buku terkini bagi panduan pembaca.
KL fm juga akan berbicara mengenai buku Diari Ramadan tulisan Ahmad Fadli Fauzi dan Nik Abdul Aziz Nik Mat pada esok, 10 Ogos 2010 jam 12.30 tengah hari.
Pendengar juga boleh memenangi hadiah buku yang diulas juruhebah dengan menjadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku@Klfm edisi isnin jam 12.30 tengah hari.
Pemanggil yang terpantas dan memberikan kata laluan yang betul bakal menerima buku yang diulas juruhebah.
Dengarkan pelbagai buku menarik terbitan PTS yang diulas di KL FM tepat jam 12.30 tengah hari ini dan esok.