Artikel

Promosi Baca@Ramadan PTS Jualan Kedai Buku Pustaka Arris

oleh Roziyah pada 09 Aug 2010

Bahan promosi Baca@Ramadan yang disediakan meningkatkan jualan di kedai-kedai Indie termasuklah kedai buku Pustaka Arris yang memberi kerjasama penuh dalam promosi Baca@Ramadan ini.

Menurut Penolong Pengurus, tuan Khairol Anuar Mat Arris promosi Baca@Ramadan secara tidak langsung telah meningkatkan jualan di kedainya.

Bagi beliau promosi Baca@Ramadan ini amat baik kerana dengannya pembeli akan tahu lebih awal dan mendapat maklumat mengenai buku yang ingin dibeli

Beliau juga telah mengedarkan flyes bagi memberi maklumat lanjut kepada pembeli tentang promosi buku sempena Ramadan ini.

"Kita berharap promosi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana promosi ini amat baik bagi pekedai dan pembeli,"jelas tuan Khairol.

Tuan dan puan bolehlah dapatkan buku terbitan PTS sempena Ramadan ini di Pustaka Arris yang terletak di Pasir Gudang Johor.

Meriahkan Ramadan ini dengan membaca bahan-bahan berilmu keluaran PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025