Artikel

Program Fantastik Fortuna Meriah

oleh Roziyah pada 21 Jun 2010

Sabtu lepas, PTS Fortuna telah mengadakan programnya dengan meriah.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk peminat buku yang hadir ke perkarangan SACC Mall, Shah Alam.

Masdalifadzlie juga turut hadir bagi memeriahkan pesta tersebut serta beramah mesra dengan peminat buku.

Selain dapat beramah mesra dengan penulis yang hadir, pengunjung juga telah memenangi pelbagai hadiah dengan menjawab soalan yang disediakan.

Pesta buku tersebut yang bertemakan 'Enricment Beyond Knoledge' telah dianjurkan MPH Bookstore Sdn. Bhd bagi menghimpunkan penerbit, penulis dan peminat buku tempatan.

Selain peminat buku dewasa, peminat buku cilik juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dan menjawab soalan yang diberikan oleh editor-editor PTS Fortuna.

Melalui pesta itu, PTS Fortuna juga telah mempromosikan Karipap-Karipap Cinta karya Tuan Nazri M. Annuar.

PTS Fortuna juga dalam program tersebut juga telah mengadakan ujibakat mencari pelakon untuk filem adaptasi daripada novel Karipap-Karipap Cinta.

Ujibakat tersebut diadakan oleh Tuan Syafiq Zulakifli, Editor Perolehan Fortuna.

Beliau akan menghantar rakaman ujibakat tersebut kepada pihak pengarah tersohor, Tuan Hafsam.







Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025