Artikel

Promosi Buku Puteh Press: Rain Or Shine

oleh Farah Liana Nordin pada 06 Sep 2022

Meraikan kesedihan itu jauh lebih sukar berbanding kita meraikan kegembiraan. Jauh di sudut hati, mana mungkin kita dapat menerima dengan mudah sesuatu yang bukan menjadi kehendak dan keinginan kita, bahkan tidak terbayang sesuatu itu bakal terjadi. Hidup bukan hanya perihal tawa sahaja bahkan air mata juga. Ternyata, menjalani kehidupan ini bukanlah mudah namun ia satu proses yang sangat indah. Seperti mana pertukaran siang dan malam, begitu juga suka dan duka yang datang silih berganti dalam kehidupan.

Menyedari pengaruh dan kuasa membaca sebagai inspirasi dalam kehidupan, Puteh Press telah menerbitkan buku umum motivasi diri yang menjadi pilihan para pembaca. Antaranya ialah Don’t Worry Allah Lebih Tahu Yang Terbaik, Ubah Patah Hati Jadi Prestasi serta Goodbye Sedih dan Kecewa. Terbaharu, Puteh Press juga telah menerbitkan buku bantu diri dalam Bahasa Inggeris iaitu Making Art Out of Pain dan Glow Inside & Out.

Istimewa kali ini, Puteh Press mengadakan kempen promosi Rain Or Shine buat peminat buku bantu diri berbahasa Inggeris. Sempena kempen ini, dengan pembelian buku Making Art Out of Pain dan Glow Inside & Out, pembeli akan mendapat sebuah beg kanvas, sekeping penanda buku Making Art Out of Pain dan sekeping penanda buku Glow Inside & Out secara percuma.

Yang lebih istimewa, reka bentuk beg kanvas ini menampilkan petikan ayat yang diambil daripada buku-buku promosi tersebut. Bukan itu sahaja, harga bagi pembelian kedua-dua buku ini hanya RM60 sahaja. Pembeli bukan hanya mendapat hadiah percuma bahkan mendapat potongan harga buku sebanyak RM10 daripada harga asal iaitu RM70.

Dapatkan beg kanvas beserta dua keping penanda buku yang terhad ini secara percuma pada September dan Oktober 2022 di kedai-kedai buku terpilih sempena pembelian kombo buku Puteh Press. Antara kedai-kedai buku yang terlibat dalam promosi kali ini adalah:

1 - 30 September 2022

1. PTS Bookcafe, Selayang

2. Kinokuniya, KLCC

3. Borders IOI City Mall, Putrajaya

4. Borders The Curve, Mutiara Damansara

5 - 20 September 2022

5. MPH D’Pulze, Cyberjaya

1 - 31 Oktober 2022

6. MPH Mid Valley

7. MPH Setia City Mall, Setia Alam

Selain itu, pembelian secara dalam talian pula boleh dibuat di laman web bookcafe.com.my. Pautan: https://bookcafe.com.my/kombo-rain-or-shine/

Hidup ini indah jika kita amati dengan mata hati seperti mana kata Saidina Umar Al-Khattab, “Pada akhirnya, takdir Allah selalu baik walaupun kadang kala perlu air mata untuk menerimanya”. Semoga para pembaca beroleh manfaat daripada buku-buku yang diterbitkan. Jangan lupa juga untuk ikuti @putehpress dan @bukupts di platform media sosial Instagram, Twitter, TikTok dan Facebook untuk mengetahui perkembangan dan informasi terkini.



Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024