Artikel
PTS Anjur Majlis Berbuka Puasa Bersama PERKIM
oleh Roziyah pada 06 Sep 2010
PTS kali ini mencatat sejarah apabila menganjurkan majlis berbuka puasa PTS bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
Majlis yang diadakan di Balai Islam PERKIM, Jalan Ipoh ini menghimpunkan saudara baru yang datang dari pelbagai negara dan latar belakang.
Lebih menarik apabila Pengarah Urusan PTS, Tuan Arief Hakim Sani Rahmat turut turun padang dan memberi sumbangan hari raya kepada saudara baru yang hadir pada majlis tersebut.
Jika kebiasaannya majlis berbuka puasa sering diadakan di hotel dan restoran mewah, namun majlis berbuka puasa bersama saudara baru ini lebih menarik kerana kakitangan PTS sendiri turun padang ke cawangan PERKIM Putra bagi merasai sendiri kehidupan saudara baru ini di PERKIM.
Majlis yang dikelolakan oleh Pengerusi PERKIM cawangan Putra, Tuan Ann Wan Seng ini memberi peluang kepada kakitangan PTS agar melihat sendiri kehidupan saudara baru di PERKIM ini.
Melalui penganjuran majlis berbuka puasa PTS di cawangan PERKIM sendiri mampu memberi kesedaran kepada kakitangan PTS agar sentiasa bersederhana dan mengingati mereka yang memerlukan di bulan yang mulia ini.
PERKIM yang sering menjalankan dakwah Islamiyah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam dengan cara positif dan berkesan ini banyak mengadakan kursus berkaitan pendidikan Islam kepada saudara baru yang berdaftar dengan PERKIM.