Artikel

PTS Beri Diskaun 20% Di Pesta Buku Read Malaysia

oleh Roziyah pada 03 Jun 2011

Berita baik kepada pengunjung booth PTS di Pesta Buku Read Malaysia. PTS berbesar hati memberikan diskaun 20% kepada semua buku terbitan PTS yang dipamerkan di Pesta Buku Read Malaysia.

Bertempat di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), MINES Resort City menjadi pesta yang mengumpulkan buku-buku terbaik daripada penerbit buku berbahasa Melayu, Cina dan English.

Read Malaysia yang sudah masuk tahun ketiga ini bermatlamat bagi mempromosikan minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Read Malaysia 2011 juga melibatkan lebih 200 penerbit Malaysia dan luar negara termasuklah dari Taiwan, Hong Kong, Singapura, China dan Indonesia.

Terdahulu, Read Malaysia berjaya menarik 325,000 pengunjung melalui pameran yang dianjurkan pada Jun 2010 lalu.

PTS selaku penerbit nombor satu di Malaysia juga mengambil peluang bersama-sama dengan penerbit lain bagi mendekatkan lagi penerbit dengan peminat buku di Malaysia.

Read Malaysia yang bermula daripada 27 Mei sehingga 5 Jun bertemakan Buku, Pendidikan dan Pengetahuan ini dapat membuka peluang kepada peminat buku tempatan mendapatkan buku-buku menarik selain bertemu dan beramah mesra dengan penulis-penulis hebat di Malaysia.

Temui PTS di booth M16 dan M21 melalui Read Malaysia yang diadakan pada 27 Mei hingga 5 Jun ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025