Artikel
PTS Bookcafe Gemparkan Sabtu dengan Diskaun Hebat
oleh Roziyah pada 24 May 2011
Bookcafe Sdn Bhd sekali lagi mengadakan Sabtu@PTS pada 28 Mei dan 4 Jun ini bermula dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang.
Melalui Sabtu@PTS kali ini, Bookcafe menawarkan buku-buku menarik dengan diskaun hebat khas buat peminat-peminat buku terbitan PTS.
Bookcafe kali ini menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi buku-buku terpilih.
PTS Bookcafe menawarkan diskaun 20 peratus bagi semua buku-buku terbitan PTS. Selain itu, PTS juga menawarkan beberapa buku pilihan dengan diskaun 25 peratus.
Selain itu, Bookcafe juga menawarkan diskaun 30 peratus bagi semua buku kanak-kanak, remaja dan komik sempena cuti sekolah ini.
Jangan ketinggalan memeriahkan Sabtu@PTS pada 28 Mei dan 4 Jun ini bertempat di PTS Bookcafe Sdn. Bhd, Tingkat 1, No. 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor. Klik di sini bagi melihat peta ke PTS