Artikel

Pembeli Online Bookcafe Berpeluang Dapat Baucer Read Malaysia

oleh Roziyah pada 23 May 2011

Pembeli buku melalui kedai buku online PTS berpeluang menerima baucer diskaun sempena pesta buku Read Malaysia yang diadakan penghujung Mei ini.

Peminat buku terbitan PTS boleh mendapatkan buku-buku menarik dengan diskaun yang disediakan di Pesta Buku Read Malaysia berserta dengan baucer tambahan yang disediakan khas buat pembeli online buku PTS.

Melalui pembelian RM20 hingga RM100, pembeli layak menerima baucer bernilai RM2 beserta diskaun yang disediakan semasa Pesta Buku Read Malaysia berlangsung.

Bagi pembeli RM100 dan ke atas pula, pembeli berpeluang menerima baucer RM5 beserta diskaun yang disediakan di pesta buku tersebut.

Pembeli yang mendapatkan buku bernilai RM20 dan ke bawah menerima baucer bernilai RM1.

Pihak Online Bookcafe akan menghantar baucer kepada tuan dan puan berserta dengan buku yang dibeli secara pos.

Selain itu, PTS juga menyediakan soalan sempena Pesta Buku Read Malaysia yang akan menemui tuan dan puan tidak lama lagi. Melalui soalan yang disediakan di facebook PTS, peminat facebook juga berpeluang menerima baucer khas daripada PTS.

Jangan ketinggalan menyertai Pesta Buku Read Malaysia yang bermula daripada 27 Mei hingga 5 Jun 2011 ini. Read Malaysia yang bertemakan Buku, Pendidikan dan Pengetahuan ini dapat membuka peluang kepada peminat buku tempatan mendapatkan buku-buku menarik selain bertemu dan beramah mesra dengan penulis-penulis hebat di Malaysia.

Temui PTS di booth M16 dan M21 melalui Read Malaysia yang diadakan pada 27 Mei hingga 5 Jun ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025