Artikel
PTS di Khemah Membaca Negeri Sembilan
oleh Helmi pada 29 Jul 2005
Ceramah ini adalah salah satu dari sesi bengkel penulisan selama sehari yang di anjurkan oleh PEN. Bengkel ini di adakan sempena Khemah Membaca Negeri Sembilan selama seminggu yang di anjurkan secara bersama antara Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan PEN.
Dalam ceramah yang mengambil masa kira-kira 3 jam itu, Pn Ainon memberi penerangan berkenaan dengan dunia penulisan dan penerbitan buku-buku umum. Pn Ainon juga menerangakan berberapa tip-tip bagaimana penulis boleh menjadi popular dengan menulis buku.
Menurut Pn Ainon, pada masa ini beberapa penulis tempatan termasuk beliau sendiri yang menulis buku-buku dalam bahasa Melayu dapat hidup selesa dengan pendapatan royalti melebihi RM100,000 setahun.
Dalam sesi ini pn Ainon memberi beberapa panduan bagaimana ingin menjadi penulis yang popular dan ciri-ciri penerbit yang boleh merealisasikan impian penulis.
Rata-rata hadirin pada hari tersebut merupakan para pelajar sekolah, guru dan ahli PEN.
Kehadiran Pn Ainon di Seremban ini juga adalah bagi menunaikan hasrat beliau untuk memberi latihan penulisan kepada seorang penulis muda istimewa iaitu Cik Siti Safura.